Ahad, 5 September 2010

Sinetron Cinta Kirana

 
 
Bulan ramadhankan tak de buat kerja ape-ape kn?kite tengok laa citer niy best sekarang dah popular dekat malaysia!
SINOPSIS CINTA KIRANA


Kirana adalah gadis berusia 18 tahun yang tinggal dengan neneknya, Sita. Suatu hari semasa sedang menghantar suratkhabar kepada pelanggannya,dia telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu Galang. Disebabkan malu kerana ditertawakan, Kirana tidak mampu mengawal emosi lalu menampar Galang.

Setelah mengetahui kemalangan yang menimpa neneknya, Kirana berasa sangat marah dan pergi ke rumah Rama lalu memarahinya. Rama mengikut Kirana ke hospital untuk mengurus segala hal. Betapa terkejutnya Rama saat melihat Sita. Ternyata Rama dan Sita dulunya adalah sepasang kekasih yang terpisah kerana keadaan. Rama dan Sita pernah berjanji untuk menyatukan kedua anak ataupun cucu mereka.

Walaupun tahu Galang sudah mempunyai pilihan Hati, Rama tetap memintanya bertemu dengan Kirana. Galang akhirnya bersedia. Kirana yang juga dipaksa oleh neneknya, akhirnya mau menemui Galang. Tapi pertemuan mereka selalu berujung dengan masalah, dan masing-masing terkejut apabila mengetahui yang mereka telah dijodohkan. Kirana yang tidak mahu bersama Galang, meluahkan rasa hati kepada Baim yang memang mencintai Kirana, dan Baim mengajak Kirana kahwin lari.

Peristiwa demi peristiwa yang dihadapi Kirana dan Galang membuat mereka dekat, dan tanpa disedari, benih benih cinta mulai muncul dihati mereka. Saat hubungan Kirana dan Galang semakin baik, terjadi sebuah sebuah kemalangan yang menyebabkan Galang meninggal. Setelah itu, semua bisnes dan perusahaan keluarga bankrupt tetapi Kirana berjanji untuk menyelamatkan keluarga itu. Kirana mula bekerja tetapi setiap pekerjaan yang dilakukan gagal kerana sikap barannya.

Kirana yang putus asa menemui salah seorang teman Galang untuk memohon pekerjaan lalu diperkenalkan dengan seorang jejaka bernama Evandra. Evandra adalah seorang pemilik sebuah syarikat penerbitan dan juga anti wanita sehinggakan tiada seorang penulis pun di syarikatnya adalah wanita. Semakin mengenali Kirana kebencian Evandra terhadap wanita juga perlahan-lahan menghilang setelah dia mula jatuh hati dengan Kirana yang sangat setia terhadap Galang.

Suatu hari, Kirana bertemu dengan seseorang yang sangat mirip dengan Galang, tapi dia tidak mengenali Kirana dan mengatakan bahwa namanya adalah Mischa, dan dia adalah tunangan seorang Wanita bernama Renata. Mischa sememangnya adalah Galang namun kerana telah terhutang budi kepada Renata yang menolong menyelamatkannya, dia rela menjadi Mischa. Namun, jauh di sudut hati, Galang masih mencintai Kirana dan sedih kerana tidak mampu mengembalikan cintanya untuk Kirana.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lagu OST Cinta Kirana - Dia Milikku (Yovie & Nuno)


Semula ku tak tahu
Engkau juga kan ingin memilikinya
Bukankah ku lebih dulu
Bila engkau temanku
Sebaiknya tak mengganggu

reff:
Dia untukku, bukan untukmu
Dia milikku, bukan milikmu
Pergilah kamu, jangan kau ganggu
Biarkan aku mendekatinya

Kamu tak akan mungkin mendapatkannya
Karena dia berikan aku petanda cinta
Janganlah kamu banyak bermimpi, oooh

Dia untuk aku

Bukankah belum pasti
Kamu juga kan jadi dengan dirinya
Dia yang menentukan
Apa yang ’kan terjadi
Tak usah mengaturku

reff2:
Dia untukku, bukan untukmu
Dia milikku, bukan milikmu
Lihatlah nanti, lihatlah saja
Biarkan aku mendekatinya

Kamu tak akan mungkin mendapatkannya
Karena dia berikan aku pertanda juga
Janganlah kamu banyak bermimpi, oooh
Kusarankan engkau mundur saja, ooo

repeat reff
repeat reff2

Dia untuk aku
Bukan, dia untuk aku



Kredit: Cikgu Dahlia

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails